Wednesday, December 23, 2009

kehilangan

assalamualaikum.
selesai sudah pengajian diploma aku didalam bidang kejuruteraan mekatronik. aku harap kali ni akan akan dapat mengekalkan kejayaan. tak dilupakan juga, kwn2 yg berada di sisi...aku berdoa agar diorang pun lulus dgn cemerlang.

blom je aku dapat melepaskan diri dari tugasan yang mendatang, sudah dtg satu lg tugasan yang memeningkn aku untuk menaipnya. keje 5 org terpaksa wat sorang...susah kn...tp tulah kenyataannya. tp xpe, aku wat jugak demi menjaga nama baik aku dan kumpulan. diharapkan apa yg aku wat akan dapat dihargai oleh pihak yg berkenaan...

ni aku nk cerita pasal tajuk entri ni....aku baru je kehilangan dua org kwn baik aku dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi hari ahad (22hb 12 2009) mereka semua 4 orang dalam satu kereta baru pulang dari kedai makan untuk balik ke rumah. 2 org dari mereka yang selamat agak parah...tp sorang shj berada di wad. barang siapa yang kenal atau terbaca entri ni, sedekahkanla Al-Fatihah untuk yg telah tiada itu. buat makluman, dua org yang meninggal itu ialah Mior Mohd. Azlan dan Zul Akmal. seorang yang selamat tu, Farith berada di hospital kerana kaki dan rusuk kiri patah serta dijangka dibedah pada hari rabu nanti.. seorang lagi mengalami luka teruk dikepala dan disahkan stabil. dia sekarang berada kat rumah setelah dijahit balik luka dikepalanya...byk tol jahitan tu tau...

sedih jugak aku apabila tahu berita ni...mmg xsangka2 sbb baru je jumpa diorang smua tu.. tetiba je jd camni...apa leh wat, hidup mesti diteruskan...

sekian...wassalam

Saturday, December 5, 2009

...final...

berikut merupakan jadual final aku yg akan bermula selama 4hari iaitu :

07/12/09(Isnin) 0830-1030 - Matematik Kejuruteraan 5 (B5001);A24,A24
08/12/09(Selasa) 1100-1300 - Mekanisma Penghantaran Kuasa (J5200);A31
10/12/09(Khamis) 1100-1300 - Kawalan Motor (E5143);A31
14/12/09(Isnin) 1430-1630 - Sistem Komputer dan Aplikasi (E4161);A31

Hmm....agak giler gak nk study nih tau....
apapun...doakan aku yer...
Assalamualaikum

Monday, November 30, 2009

xkusangka

wah..mmg xdisangka sekali.. demam yg ku sangka biasa, rupanya ada matlamatnya. matlamatnya adalah chicken-pox. hebat sungguh aku...abs je selesai present, makin byk bintik2 merah muncul dimuka aku. aku balik ke rumah utk berubat dan melupakan pasal pameran keesokan hari disebabkan dah xlarat dengan demam. huhuhuh.... tp alhamdulillah, smua pameran itu diuruskan secara baik oleh kwn2 sekelas dan sekumpulan dgn aku. seronok aku tgk diorang. booth kelas kitaorg nmpk cam pling ramai (gmbr dlm facebook member2 aku). walaupun aku ada kejap je kat sana, tp puas melihat keadaan sekeliling. kelas aku menang 1 kategori dan menang piala pusingan. hebat kn. harini xde mood nk letak gmbr. lain kali lak ek....bye...

Tuesday, November 17, 2009

Why?? Kenapa?? Pelik??

Harini aku menulis pasal kes yg berlaku yang aku rasa mmg nk coretkan hny utk sekadar renungan dan bacaan.

Apabila kita diberi atau menerima sesuatu tanggungjawab tu, apa yang harusnya kita buat? Semestinya kita sendiri atau secara automatik akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas itu sepenuh hati dan juga ikhlas. Bukan la kita buatnya secara memaksa diri. Betul tak?

Jadi, bagaimana pula kalau tanggungjawab tu, kita sendiri yang minta. Tapi bila nk diberi tugas untuk memperlaksanakan sesuatu tanggungjawab itu, diri sndiri pula yang melenting dan nak marah jew. Ini yang paling banyak berlaku dalam kehidupan sekitar aku. aku naik runsing melihat perkara-perkara sebegini. Sebab apa aku runsing? Sebab merasakan diri ni boleh membuat lebih baik. Tapi tak semudah itu, aku sendiri yang menolak banyak tanggungjawab dan tugas yang berat. Aku sudah malas berkecimpung dalam perkara sebegini.

Kuasa. Ini yang banyak berlaku dalam pemerintahan dunia. Masing-masing menuntut dan mahukan kuasa untuk apa jua perkara yang mereka mahu. Tapi malangnya, tak semua manusia melakukan hak kuasa ini seikhlas mungkin. Ada yang hanya kerana wang mahupun pangkat semata-mata. Selain itu, kuasa itu secara automatiknya akan menjadikan kita seorang pemimpin. Cuba kalian fikirkan (terutama yang beragama Islam), apa yang akan dipersoalkan kepada seorang pemimpin apabila 'beliau' mati kelak jika rakyat atau orang yang dipimpin tidak puas hati atau banyak yang mengutuk. Fikir-fikirkan la...

Aku menolak untuk jadi pemimpin pada masa ini. aku masih tidak berani mahupun mampu untuk memimpin dan menguasai manusia yang pelbagai fikiran, perangai dan perbuatan. Mahu stress giler dibuatnya. akhir kata dari saya, jika anda memegang apa jua jawatan atau tanggungjawab, lakukan la seikhlas, sebaik dan seyakin mungkin untuk kepuasan hati, dan masyarakat serta agama.

panjangnya aku tulis...harap xla bosan...luahan hati aku ni jew...

p/s: aku menulis atas atas dasar menasihati

Friday, November 6, 2009

hari ni hari jumaat

harini agak sedih bagi keluarga aku...tp sikit jew la... ini kerana adk aku ditimpa kecelakaan semasa membawa motosikal tgh hari sebelum solat jumaat. keadaan dia ok jew...sedar n xde kecederaan otak..just rusuk patah kena limpa (tu apa yg doktor ckp la).. ni ada beberapa gmbr moto adk aku...

tank kemek, meter pecah.. handle berlipat ke dalam...

dari view lain...teruk gak la... handle la yg xbleh blah pun...dasyat

aku kol mak aku pada pukul 11, adk aku dalam ICU skg..doktor tgh memantau kesihatannya....diharap sesiapa yang membaca doakan la keselamatan adk aku yer....

diharapkan juga kepada semua org yang membaca ni...pandu atau tunggang lah dengan berhemah. pastikan anda yang bwk moto/kereta, jgn kereta/moto yang bawa anda. Assalamualaikum

Tuesday, November 3, 2009

hari aku yang penat

hari ni...hari yang agak meletihkan... ltih apa pun xtau la... tp mmg letih.. rasa cam nk tido jew. tp xnk tido...sbb klu tido nti, bgun sure time maghrib walaupun jam di 'alarm' kan... td masa kelas terjumpa satu nota ni....tgk la -



meh sini aku translate kn:-

boboy : boboy mana? hilang ek?

gegurl : nthla, gegurl tunggu je...

boboy : hah??? tunggu apa???

gegurl : semlm, gegurl ada msg...tp....no reply :(

boboy : huh...boboy majuk!!! dlu boboy msg...gegurl xpnh balas pun...tue boboy xnk balas...

gegurl : jgnla merajuk...nanti dah xencem...senyum ckit... :) boboy jgn hilang lg ek...

boboy : skrg, saper hialng??? tiba-tiba xmsg..pastu tiba-tiba msg balik

gegurl : ok...sorry..can we start all over again... :)

end....

apa aku nk cakap kat sini...note tu mungkin tercicir...hehehhe... moralnya : jgn la nk ber gurl2 atau boy2 ni dikala muda...xde gunanya.. bkn apa...mende ni akan menyebabkan kita leka... sekaligus menyebabkan tewas dlm perjuangan kehidupan.

terlintas dlm fikiran aku...mcm mana la aku nk memaafkn seseorg tu sdgkn aku sakit sgt.. tgk muka pun dah mula menyakiti hati ni...klu aku nk minx maaf sekalipun, tu bukan salah aku... yang menyebabkan jd begini hanyalah kerana seorang perempuan...

Tuesday, October 27, 2009

hmm...litar...prograM



membuat program utk mikroprosessor ni menggunakan assmbly language..kdg2 program yang dibuat tu ttiba je xjd. sbb apa xjd...tu yg sy xtahu tu..plik gak kdg2...so tgk2 la balik...dlm tok tgk tu, bru perasan, msti ada mende tertinggal...nth pehal nth...

ni la cth 'gmbr' program tu...jgn tny npe camtu...hehehhehe...



pas dah wat program, tiba la masa uploadkn ke dalam IC. disini sy menggunakan IC Atmel 89S51 (mikroprocessor). guna alat utk program dia...jgn la tny mana dpt yer...klu nk tny, xsalah...heheheh... then, tibalah masa utk menguji program tu..

ni haa...litar yg xbrapa nk jd...dah naik pusing kepala aku watnya...apa la salah aku...huhuhuhu. tp xpela...ada litar backup...esk nk gi cari komponen wat litar tu plak...kot2 menjadi...hehehhe...mana tau kn....

ok...ckupla setakat ni...sebelum diakhiri, berhibur dlu dgn video ini...



Sunday, October 18, 2009

Beraya

beberapa hari lepas...gi beraya umah penghulu kampung gajah merangkap saudara... dia wat pertunjukan bunga api...



time tu...ramai gak org dah dtg... siap DO pun dtg gak
di sini ada beberapa gmbr semasa majlis berlgsung kat kuarters kerajaan...


sedara mara dan kenalan yang hadir turut memriahkan majlis



Thursday, October 15, 2009

TIPS: Tidur pasang air-cond

time wusha2 blog yg ada, terjumpa plak perkara ni.. ianya elok untuk air-cond jenis lama. sbb aircond ni mmg akan mengkondensasikan wap air yang ada di sekitar kita membuatkan kita kering tekak la...mcm2... jd ikuti la tip ini bagi memelihara kesihatan


Kebanyakan dari kita mungkin hari2 tidur dengan air-cond terpasang hingga ke pagi. Bila bangun je esok paginya, selalunya kulit ka , anak tekak ka mesti terasa kering. Ada sesetengah model air-cond dilengkapi sistem moisture (kelembapan).

Bagi jenis model yg biasa2 ni...aku nasihatkan letakkan segelas air dalam bilik tu. Esok pagi tgk! Air akan berkurangan. Ini bagi mengimbangi kekeringan dlm bilik tu. Memanglah bila pasang air-cond bilik rasa sejuk tapi udara tu jenis udara dingin kering. Cara lain ialah byk minum air putih atau air masak, nanti asyik terjaga mlm nak terkencing pulak. Apa2 pun selamat mencuba


credited to : isuhangat

Tuesday, October 13, 2009

the first entry

hari ni sesaje nk reka blog yang mmg malas giler nk wat. nthla, tetiba plak terdetik nk tulis blog. mungkin kerna ramai member yang telah mempunyai blog sndiri menyebabkan terasa agak jeles. hhuuhuhuh...

klu nk ceritakan ttg pelajaran, eermm...masih blaja di PUO, kos dip in mekatronik. kos ni agak susah dan memenatkan. sape berani, cuba la. 

waktu menulis ni, baru je balik dari 'open house' umah kepada member punya member yang mmg xkenal lgsung...huhuh... pura2 kenal sbb baru kenal...

p/s: letih dan mengantuk. tp ada keje nk wat.