Sunday, March 10, 2013

lama sudah

Assalamualaikum.

Lama sudah ke menyepi dari mengemaskini blog ni yer. Bukan lah terlupa. Tapi xde idea nk tulis apa2. hehehe. Hidup ini, byk cabaran yg ditempuhi. Ada yang suka, ada yang duka. Semakin meningkat dewasa, semakin byk liku hidup yg ditempuhi. Bulan 6 nti, tamatlah pengajian Ijazah Sarjana Muda ku di UTeM. tp kemanakah hala tuju ku selepas tamat? Bekerja- dimanakah akan ku kerja dan memperoleh pendapatan? Smua itu ada caturan dari Ilahi. Kita manusia ikut dan berusaha sebaik mungkin. 

Tahun akhir dan semester akhir ni merupakan yg paling sibuk agaknya. Projek akhir ku masih cuba utk ku siapkan di mana aku semakin kehilangan mood disebabkan hampir tamat belajar dan aku amatlah tidak menyukainya. Ahhahha.. Sebagai manusia..inilah cabarannya. Haruslah aku tempuhi dgn adil. 

Sekian, luahan hatiku.
~My Love will always for Nurul Shakinah~

Saturday, August 25, 2012

~POEM~

A poem written by me~


Tuesday, August 14, 2012

keluhan

Salam sahabat ku smua.

harini nk menceritakan sesuatu pasal keluhan. Satu ketika dulu, aku sering ditegur kerana kuat sgt mengeluh. Akhirnya, satu peristiwa membuatkan aku sudah mula kurang mengeluh. Peristiwa ni berlaku apabila superior aku meminta mengembil barang yg agak jauh dari tmpt aku berada. Yerla,jauh kn...aku mengeluh la. Superior tu sound aku on the spot smpai aku tersedar sehingga sekarang. Terima kasih sgt pada dia. Apa dia ckp tau. Aku pun xingat...ahahha... Tp kesan dia, smpai skg aku rasa. Sejak peristiwa tu la, aku mengambil langkah apa shj perkara yg mampu aku wat, aku akan terus buat shj dgn suka rela. Tiada rungutan atau keluhan. Peristiwa tu berlaku time praktikal Diploma satu ketika dlu. 

Time praktikal Degree ni plak, aku jumpa dgn org yg sgt kuat mengeluh. Aku pun xtahu apa yg dikeluhkan tp berdasarkan air muka, terpampang keluhan tu. Bulan puasa bknlah utk umat Islam bermalas-malasan. Tp aku sndiri berada dlm kekawanan dgn org yg bermalasan dgn alasan tidak larat kerana puasa. Bagi aku, ini bukan lah satu alasan kerana, aku ok jew. Boleh jew aku angkat 'plate yg berat tu. Ya, aku paham satu jew, Jika kita asyik merungut atau mengeluh, secara automatik badan kita akan jadi lemah. heheh... Pendapat aku sahaja.

Ok lah, itu sahaja.

Wednesday, June 27, 2012

Praktikal aka Latihan Industri

Satu semester telah dilalui dgn jayanya. Semasa sem tu berjalan, kami dikehendaki mencari tmpt utk menjalani Latihan Industri (LI). Di sini, sy telah pergi ke pelbagai industri untuk mendapatkan tempat bg sy menjalani LI. Malangnya, kebanyakan company, hny mengambil 3-6 bln tempoh utk seorg trainee. U sy plak hny bg 2 bulan 2 minggu. Mmg best dan pelik sgt. hehehe.. Tp xpe, sy telah menghantar resume ke salah satu syarikat berdekatan dgn Taman Tasik Utama iaitu Muehlbauer Technologies. Setelah tunggu beberapa ketika dan fikir antara dapat atau x, Saya dan rakan2 dipanggil utk interview. Sy sendiri di interview oleh En. Luqman selaku ketua di Assembly Department. Akhirnya, sy sndiri sudah hampir berputus asa, sy diterima sbg trainee di syarikat itu.

So, skg, bermulah kerjaya Latihan Industri di syarikat German itu. Hampir kesemua dlm German. Org pun ada gak org German. Best woo...diorang tegas dan pantas. Kalah org kita. Tp itu bukan cerita di sini yer. Sy just nk ckp flow je. Minggu pertama ni briefing dan lawatan dlm kilang shj. Tgk kerja-kerja yg dilakukan, mmg staf lain ada kemahiran tersendiri. Seronok bila dpt kembali ke dalam sektor industri. Rindu sgt rasanya. Lupa plak, company ni wat machine manufacturing. Maaf, gmbr xbleh didedahkan. Klu anda ingin, boleh google dan dptkn maklumat company ni dari internet yer. hehehhe... Ibu pejabat di German. Sesiapa yg ingin ke sana, boleh apply kerja di syarikat ini. Apa yg pnting, kekemasan dlm membuat kerja dan disiplin diri.

maaf, sy hensem.
Gambar di atas semasa dlm training room di mana kami dibriefing. Itula uniform kami. Di sini, kami semua adalah technician dan engineer. Tiada operator disebabkan kami 'manufacturing' mesin dan bukan lah membuat end user product. Itu sahaja buat masa ni... Assalamualaikum