Harini aku menulis pasal kes yg berlaku yang aku rasa mmg nk coretkan hny utk sekadar renungan dan bacaan.
Apabila kita diberi atau menerima sesuatu tanggungjawab tu, apa yang harusnya kita buat? Semestinya kita sendiri atau secara automatik akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas itu sepenuh hati dan juga ikhlas. Bukan la kita buatnya secara memaksa diri. Betul tak?
Jadi, bagaimana pula kalau tanggungjawab tu, kita sendiri yang minta. Tapi bila nk diberi tugas untuk memperlaksanakan sesuatu tanggungjawab itu, diri sndiri pula yang melenting dan nak marah jew. Ini yang paling banyak berlaku dalam kehidupan sekitar aku. aku naik runsing melihat perkara-perkara sebegini. Sebab apa aku runsing? Sebab merasakan diri ni boleh membuat lebih baik. Tapi tak semudah itu, aku sendiri yang menolak banyak tanggungjawab dan tugas yang berat. Aku sudah malas berkecimpung dalam perkara sebegini.
Kuasa. Ini yang banyak berlaku dalam pemerintahan dunia. Masing-masing menuntut dan mahukan kuasa untuk apa jua perkara yang mereka mahu. Tapi malangnya, tak semua manusia melakukan hak kuasa ini seikhlas mungkin. Ada yang hanya kerana wang mahupun pangkat semata-mata. Selain itu, kuasa itu secara automatiknya akan menjadikan kita seorang pemimpin. Cuba kalian fikirkan (terutama yang beragama Islam), apa yang akan dipersoalkan kepada seorang pemimpin apabila 'beliau' mati kelak jika rakyat atau orang yang dipimpin tidak puas hati atau banyak yang mengutuk. Fikir-fikirkan la...
Aku menolak untuk jadi pemimpin pada masa ini. aku masih tidak berani mahupun mampu untuk memimpin dan menguasai manusia yang pelbagai fikiran, perangai dan perbuatan. Mahu stress giler dibuatnya. akhir kata dari saya, jika anda memegang apa jua jawatan atau tanggungjawab, lakukan la seikhlas, sebaik dan seyakin mungkin untuk kepuasan hati, dan masyarakat serta agama.
panjangnya aku tulis...harap xla bosan...luahan hati aku ni jew...
p/s: aku menulis atas atas dasar menasihati
No comments:
Post a Comment