Monday, November 30, 2009

xkusangka

wah..mmg xdisangka sekali.. demam yg ku sangka biasa, rupanya ada matlamatnya. matlamatnya adalah chicken-pox. hebat sungguh aku...abs je selesai present, makin byk bintik2 merah muncul dimuka aku. aku balik ke rumah utk berubat dan melupakan pasal pameran keesokan hari disebabkan dah xlarat dengan demam. huhuhuh.... tp alhamdulillah, smua pameran itu diuruskan secara baik oleh kwn2 sekelas dan sekumpulan dgn aku. seronok aku tgk diorang. booth kelas kitaorg nmpk cam pling ramai (gmbr dlm facebook member2 aku). walaupun aku ada kejap je kat sana, tp puas melihat keadaan sekeliling. kelas aku menang 1 kategori dan menang piala pusingan. hebat kn. harini xde mood nk letak gmbr. lain kali lak ek....bye...

Tuesday, November 17, 2009

Why?? Kenapa?? Pelik??

Harini aku menulis pasal kes yg berlaku yang aku rasa mmg nk coretkan hny utk sekadar renungan dan bacaan.

Apabila kita diberi atau menerima sesuatu tanggungjawab tu, apa yang harusnya kita buat? Semestinya kita sendiri atau secara automatik akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas itu sepenuh hati dan juga ikhlas. Bukan la kita buatnya secara memaksa diri. Betul tak?

Jadi, bagaimana pula kalau tanggungjawab tu, kita sendiri yang minta. Tapi bila nk diberi tugas untuk memperlaksanakan sesuatu tanggungjawab itu, diri sndiri pula yang melenting dan nak marah jew. Ini yang paling banyak berlaku dalam kehidupan sekitar aku. aku naik runsing melihat perkara-perkara sebegini. Sebab apa aku runsing? Sebab merasakan diri ni boleh membuat lebih baik. Tapi tak semudah itu, aku sendiri yang menolak banyak tanggungjawab dan tugas yang berat. Aku sudah malas berkecimpung dalam perkara sebegini.

Kuasa. Ini yang banyak berlaku dalam pemerintahan dunia. Masing-masing menuntut dan mahukan kuasa untuk apa jua perkara yang mereka mahu. Tapi malangnya, tak semua manusia melakukan hak kuasa ini seikhlas mungkin. Ada yang hanya kerana wang mahupun pangkat semata-mata. Selain itu, kuasa itu secara automatiknya akan menjadikan kita seorang pemimpin. Cuba kalian fikirkan (terutama yang beragama Islam), apa yang akan dipersoalkan kepada seorang pemimpin apabila 'beliau' mati kelak jika rakyat atau orang yang dipimpin tidak puas hati atau banyak yang mengutuk. Fikir-fikirkan la...

Aku menolak untuk jadi pemimpin pada masa ini. aku masih tidak berani mahupun mampu untuk memimpin dan menguasai manusia yang pelbagai fikiran, perangai dan perbuatan. Mahu stress giler dibuatnya. akhir kata dari saya, jika anda memegang apa jua jawatan atau tanggungjawab, lakukan la seikhlas, sebaik dan seyakin mungkin untuk kepuasan hati, dan masyarakat serta agama.

panjangnya aku tulis...harap xla bosan...luahan hati aku ni jew...

p/s: aku menulis atas atas dasar menasihati

Friday, November 6, 2009

hari ni hari jumaat

harini agak sedih bagi keluarga aku...tp sikit jew la... ini kerana adk aku ditimpa kecelakaan semasa membawa motosikal tgh hari sebelum solat jumaat. keadaan dia ok jew...sedar n xde kecederaan otak..just rusuk patah kena limpa (tu apa yg doktor ckp la).. ni ada beberapa gmbr moto adk aku...

tank kemek, meter pecah.. handle berlipat ke dalam...

dari view lain...teruk gak la... handle la yg xbleh blah pun...dasyat

aku kol mak aku pada pukul 11, adk aku dalam ICU skg..doktor tgh memantau kesihatannya....diharap sesiapa yang membaca doakan la keselamatan adk aku yer....

diharapkan juga kepada semua org yang membaca ni...pandu atau tunggang lah dengan berhemah. pastikan anda yang bwk moto/kereta, jgn kereta/moto yang bawa anda. Assalamualaikum

Tuesday, November 3, 2009

hari aku yang penat

hari ni...hari yang agak meletihkan... ltih apa pun xtau la... tp mmg letih.. rasa cam nk tido jew. tp xnk tido...sbb klu tido nti, bgun sure time maghrib walaupun jam di 'alarm' kan... td masa kelas terjumpa satu nota ni....tgk la -



meh sini aku translate kn:-

boboy : boboy mana? hilang ek?

gegurl : nthla, gegurl tunggu je...

boboy : hah??? tunggu apa???

gegurl : semlm, gegurl ada msg...tp....no reply :(

boboy : huh...boboy majuk!!! dlu boboy msg...gegurl xpnh balas pun...tue boboy xnk balas...

gegurl : jgnla merajuk...nanti dah xencem...senyum ckit... :) boboy jgn hilang lg ek...

boboy : skrg, saper hialng??? tiba-tiba xmsg..pastu tiba-tiba msg balik

gegurl : ok...sorry..can we start all over again... :)

end....

apa aku nk cakap kat sini...note tu mungkin tercicir...hehehhe... moralnya : jgn la nk ber gurl2 atau boy2 ni dikala muda...xde gunanya.. bkn apa...mende ni akan menyebabkan kita leka... sekaligus menyebabkan tewas dlm perjuangan kehidupan.

terlintas dlm fikiran aku...mcm mana la aku nk memaafkn seseorg tu sdgkn aku sakit sgt.. tgk muka pun dah mula menyakiti hati ni...klu aku nk minx maaf sekalipun, tu bukan salah aku... yang menyebabkan jd begini hanyalah kerana seorang perempuan...